Hari ini hari terakhir aku ke sini. Hati aku berbunga gembira. Aku akan berhenti memikirkan tentang banyak perkara. Tentang masalah itu. Perkara itu. Perpaduan ini. Kaum itu. Etnik ini.
Tiada lagi perbalahan istilah satu lima tiga yang akan menyentuh emosi aku. Yang membuatkan aku kadang-kadang tersentak dengan kebodohan saudara-saudara seakar aku yang tidak pernah bersyukur. Bersyukur hidup di negara yang aman damai.
Rasional itu dan rasional ini mungkin juga tidak perlu lagi aku fikirkan. Pendapat-pendapat buta si amatur tak perlu aku hadapi kini. Kesesakan bilik diskusi juga boleh aku tinggalkan. Jauh.
Pengertian prejudis aku hayati. Tidak. Aku bukan melihat dari sisi ras. Seinci tidak dari segi bangsa. Sekaki pun tidak dari sudut kuasa. Semua yang aku jumpa aku sapa. Tidak kira cacat cela anggota.
Modenisasi ini membawa aku dan bangsa aku jauh dari sejarah lama. Sejarah di mana bangsa aku hanya menjadi pewaris kebun dan paya. Penghuni ceruk peruk rimba kini keluar menempa nama.
Westernisasi menggugat minda muda dan tua. Mencemar adat dan budaya. Hampir perkara sebelas terkurung tiga diutara. Hampir dunia terbelah tiga.
Sudahlah. Aku mahu bebas. Keluar dari diskusi. Keluar dari semua ini. Agar aku bebas beramalgamasi. Berasimilasi. Berentiti. Doakan kejayaan aku.
p/s: Biasa la takde idea. Note pon jadi.

5 Tuned:
wakakaka..
weh kalo ko kenal ak ko pandai...
hahaha...
daaaa...
link ko doe
blasah je beb! janji lu bahgia.
azza:
ko kan? ko kan?
haha...
a.k.u.p.e.n.t.o.i:
gua mmg bahgia...
gua dah lama blah dari semua ni..
p:S lu buang word verification n buat pop up window,lagi senang gua nk komen
note ctu?~p
Post a Comment